Thursday, November 5, 2009

Teman


Apabila kamu ingin berteman, janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin satu kelemahan kamu mungkin akan menjauhinya.

Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana mungkin dengan satu keburukan kau akan membencinya.

Andai kau ingin sahabat yang satu janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau mungkin akan memfitnahnya.

Andai kau ingin seorang kawan janganlan kerana sifat cerianya kerana andai dia tak pandai mencerikan kamu mungin akan menyalahinya.

Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya, kerana dia seorg sahabat yg hanya manusia biasa..jangan diharapkan semuanyer sempurna kerana kau juga tidak sempurna..tiada yang biasa-biasa menjadi satu sempurna tapi bersahabatlah kerana Allah taala..

p/s-->kdt 4 koleksicinta

Wednesday, November 4, 2009

Aku ada pasangan hidup sendiri....


Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

SAYANGILAH IBU ANDA SEPERTIMANA DIA MEYAYANGI ANDA